
BLOG
|
Penulis:
Fifi Noor Hafiza
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ahli VIP teamfifi.com dan
pengunjung laman web ini.
FIFI
|
|
Tips Yang Mudah Untuk menjadi Orang Yang Berjaya.
Penulis:
Hardy Arbi 1. Impian BESAR Kebanyakan orang yang takut untuk mempunyai impian yang besar adalah orang yang tidak inginkan kejayaaan, takut untuk membuat keputusan, dan tidak percaya bahawa kejayaan akan berada di pihak mereka. Perkara yang lebih buruk lagi adalah mereka yang takut kepada kegagalan. Jangan takut untuk memasang impian. Hadapi semua cabaran yang ada. Ingat kata pepatah KEGAGALAN ADALAH PROSES UNTUK BERJAYA. 2. Fokus Salah satu faktor untuk mencapai impian besar adalah kita mesti fokus kepada setiap kerja yang kita lakukan. Kebanyakan orang yang berjaya didalam dunia ini adalah mereka yang mempunyai kriteria seperti ini. Mereka menumpukan pemikiran mereka, mereka keterlaluan dengan apa yang mereka lakukan tetapi satu perkara yang mengagumkan, mereka adalah orang yang terbaik untuk kerja yang mereka lakukan. Jadi jangan hilang fokus anda dan tumpukan sepenuhnya dengan apa yang anda lakukan. 3. Kenali Pasaran Kenali orang yang berada disekeliling anda, ketahui bagaimana pasaran dijalankan masa kini, apa yang orang sekeliling anda mahu, ketahui saingan terdekat produk anda. Ini adalah perkara penting. 4. Gunakan Kelebihan anda Jangan memaksa seseorang itu untuk menyertai perniagaan anda, tetapi anda terlebih dahulu mesti menyelidiki apa yang mereka mahu. Dengan menggunakan kelebihan yang ada pada anda, cuba ajak rakan anda secara baik dan lemah lembut dan gunakan emosi yang cukup untuk mengajak mereka menyertai perniagaan ini. 5. Bercerita tentang produk Salah satu masalah yang paling utama untuk mereka memulakan perniagaan ini ialah mereka malu untuk bercerita tentang produk kepada orang di sekeliling mereka. Kalau anda mempunyai produk yang paling baik di dalam dunia pun tetapi anda tidak menceritakannya, tidak ada keuntungannya….. Jadi BUKA MULUT! Berceritalah tentang produk yang ada dan sebarkannya. 6. Bangun Dari kegagalan Satu perkara yang paling biasa didalam bisnes ini ialah penolakan daripada rakan-rakan. Tetapi itulah kenyataan. Tetapi HADAPI DENGAN BERANI BANGUN dan mulakan yang baru. Jangan KALAH dengan penolakan. Kejayaan bukan boleh datang secara tiba… tetapi ia akan datang secara berperingkat sekiranya kita berusaha…. 7. Nikmatilah Kehidupan! Enjoy Life !
Hardy
Arbi
|
|
PERHATIAN kpd ahli BIASA yang masih menunggu untuk upgrade VIP
Penulis:
admin@teamfifi.com
Salam usahawan untuk semua ahli
VIP dan ahli biasa ! |
|
Gelombang & Aura syarikat MLM Malaysia (MLM dgn lesen AJL)
Penulis:
admin@teamfifi.com Petikan
daripada taklimat Cikgu Azli semasa di Kota Kinabalu 13 Jan 2007
Ikhlas, |
|
Perniagaan
Internet pula adalah di mana terdapat |
|
Jom Sama-sama Kita Cipta Gelombang Baru RAFA !
Penulis:Hardy
Arbi Assalamu'alaikum, Salam Sejahtera, Bagi pihak Rafa Green Sdn. Bhd., saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kejayaan kita semua meraikan genap setahun Rafa bertapak dipersada MLM Malaysia. Rasanya, semua suara-suara sinis yang mengatakan kita antara syarikat yang cepat akan 'berkubur' sudah hilang. Kita juga membuktikan kita mampu bertahan walaupun seluruh industri MLM terjejas teruk ketika serangan 'Pelaburan Berinternet'. Ini adalah janji dan bukti Rafa yang ia mau terus bersaing malah menjadi salah satu pemain besar dalam industri ini. Pelbagai perancangan baru telah siap untuk kita menempuh separuh kedua tahun 2007. Dengan pelancaran EVO plan, syarikat memperbesarkan lagi potensi pendapatan para ahli dengan memperlengkapkan anda dengan plan yang memberi faedah kepada semua kelompok; baik yang kuat menjual, yang kuat menaja, apa lagi sekiranya anda leader yang hebat... 'The SKy Is Your Limit!' Pelbagai rangkaian produk baru juga akan diperkenalkan. Lima produk baru sudahpun dalam tempahan dan dijangka akan mula dijual selewat-lewatnya Julai ini. Rangkaian produk makanan kesihatan, kecantikan juga kegunaan harian yang berkualiti akan segera diperkenalkan untuk memperlengkapkan rangkaian produk yang sedia ada. Rafa juga akan memperkukuhkan divisi Latihan dalam syarikat untuk memastikan program duplikasi berjaya melahirkan lebih ramai usahawan berjaya bersama Rafa. Selain Full Business Orientation (FBO), kita akan memperkenalkan beberapa siri latihan baru seperti New Members Orientation (NMO), Train The Trainer (TTT) dan Leadership Training (LT). Siri program motivasi juga akan dititikberatkan. Sesi pertama Millionaires' Camp di Dusun Eco Resort pada Sabtu, 23 Jun 2007, menjadi pemula untuk sesi pembakar semangat untuk tahun ini. Saya secara peribadi mahu lihat semua pemimpin menyertai Camp ini dan ajaklah bersama orang-orang yang anda rasakan berpotensi menjadi pemimpin di jaringan anda. Ada di antara kita memandang remeh keupayaan perjumpaan seperti ini tapi dari pengalaman saya, acara sebeginilah biasanya melahirkan orang-orang yang serius dan berjaya dalam industri MLM. Syarikat juga tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat peluang yang ada di luar. Bagaimana ambisius sekalipun kita, kita tetap harus realistik. Rafa masih mengintai potensi yang ada di negara-negara jiran kita. Pada 12 Jun ini, saya dan Spencer Wing akan ke Vietnam untuk melihat prospek Rafa di sana. Misi untuk bertapak di Indonesia juga masih kita gerakkan walaupun progresnya agak perlahan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Bagi saya, kejayaan setahun ini hanyalah langkah pertama. Kita belum buktikan apa-apa lagi. Saya secara peribadi mahu lihat 10 jutawan kita keluarkan dalam masa setahun ini. Satu angka yang cukup realistik. Saya CABAR anda untuk capai sasaran saya! Saya mahu genggam tangan anda, kita ganding sama-sama, kita gerunkan dunia MLM Malaysia dengan kewujudan kita. Kita gencarkan aktiviti di seluruh Malaysia untuk memperbanyakkan suara kita. Dalam sebulan ini saya lihat kehadiran ramai usahawan-usahawan baru yang malah menyaingi kehebatan ahli lama Rafa. Satu perkembangan yang cukup menarik. Bersaing lah! Baru 20,000 ahli...belum keluarpun seorang jutawan lagi! Inilah masanya anda buktikan siapa anda! Jadikan Rafa 'kuda stallion ' untuk anda tunggangi menuju ke hujung garisan. Sekiranya anda joki yang hebat...stallion ini akan bawa anda ke garisan penamat dengan cukup bergaya! Kepada pemimpin perniagaan yang cukup memberi sokongan selama ini, saya ucapkan terima kasih, tapi ingat jangan sekali-kali berpuas hati dengan apa yang kita capai sekarang. Kepada pemimpin yang baru, selamat datang dan....JOM SAMA-SAMA KITA CIPTA GELOMBANG BARU RAFA!
EnjoyLife! |

